Sunday, September 25, 2011

Padang berkualiti - asas yang menyumbang kepada kualiti bola sepak


Perlawanan kelayakan olimpik 2012 di antara pasukan Malaysia dan Jepun dh berlalu dan kita pun tauk resultnya. Cuma di sebalik gaya permainan dominasi oleh Jepun ya, aku menilai padang yang sedang digunakan iaitu di Stadium Tosu. Kualitinya agak baik dan dijaga dengan bagus. Sebenarnya stadium tok adalah tempat ataupun 'home matches' bagi kelab J-league iaitu Sagan Tosu. Dibina pada tahun 1996 dan mampu menampung 24, 490 orang. Aku xngga kapasiti stadium tok yang pastinya kurang daripada Stadium Sarawak tapi menilai dari segi padangnya yang berkualiti. Tapi tok adalah sebilangan kecil stadium yang khusus untuk bola sepak dan lebih banyak lagik di sekitar Jepun. 

Untuk pengetahuan bersama, Kelab Sagan Tosu tok adalah daripada divisyen 2 J-League. Bayangkan pasukan berstatus 'premier' boleh memiliki serta menggunakan padang yang cukup berkualiti seperti stadium Tosu. Gamba-gamba dibah tok adalah stadium-stadium daripada beberapa kelab divisyen 1 J-league seperti Kashima Antlers dan Urawa Reds :-



Tok hanyalah beberapa 'venue' untuk kelab-kelab J-league. Kita boleh menilai dengan struktur stadium, kualiti padang dan kapasiti penonton yang agak baik dh memadai untuk J-league dberik status Grade A oleh AFC. Bukan nk membandingkan dengan  venue yang ada di MSL (Malaysian Super League) tp sebagai rujukan. Dengan keadaan ekonomi Jepun yang jauh lebih maju dan sumbangan syarikat-syarikat korperat daknya seperti Fuji Xerox, Yokohama, Yamaha, Mitsubushi, Konami, Canon dan banyak lagi yang berstatus worldwide menyumbang kearah pembangunan lain seperti pengurusan pasukan profesional, fasiliti atau stadium yang berkualiti, pembangunan pemain muda, liga kompetitif dan bola sepak Jepun secara amnya. Tidak dinafikan kita di MSL ada juak venue yang baik dan sbg contoh venue atau stadium untuk pasukan Sarawak FA yang dibina dan digunakan untuk FIFA World Youth Championship 1997 :-



Encang Sarawak Encang!! yearghhh..........ya ujung tek..

p/s : Gamba-gamba diatas dipetik dari laman sesawang rasmi J-league, Google search engine dan credit utk yang ngmbik gamba..:)